Friday, July 10, 2009

Jakim ambil alih proses sijil halal

Oleh Syuhada Choo Abdullahchoo@bharian.com.my

Kabinet lulus memorandum ganti HDC berkuat kuasa serta-merta
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil alih semula peranan daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) untuk mengendalikan urusan pengeluaran sijil halal, berkuat kuasa serta-merta. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata Kabinet meluluskan memorandum mengenai perkara itu yang dikemukakan oleh pihaknya dalam mesyuarat, kelmarin. Katanya, langkah itu bertujuan memperkasa kewibawaan HDC yang terbabit dalam usaha pembangunan hab halal, supaya semakin berdaya saing dan dapat memberi tumpuan kepada proses pengeluaran produk mereka sehingga ke peringkat global.

Selain itu, beliau berkata, keputusan berkenaan juga diharap meningkatkan keyakinan orang ramai bahawa sijil halal dikeluarkan oleh Jakim sebagai agensi kerajaan yang sudah utuh dalam bidang terbabit. "Memang tumpuan besar HDC ialah untuk (pengeluaran) produk sebab kita hendak melihat ia (berkembang) bukan hanya pada peringkat serantau, tetapi juga global. Justeru, kita lihat agak kurang sesuai pengeluaran sijil halal diletakkan di bawah tanggungjawab HDC dalam kadar tugasannya yang begitu luas dan besar. "Malah, permintaan kepada halal begitu tinggi pada peringkat antarabangsa. Justeru, sudah sampai masanya dipisahkan tanggungjawab pengeluaran produk dan tugas mengeluarkan sijil halal dikembalikan kepada Jakim," katanya pada sidang akhbar di lobi Bangunan Parlimen di sini, semalam.

Berikutan itu, Jamil Khir berkata, perjawatan yang dipinjamkan kepada HDC, termasuk dari Kementerian Kesihatan, dikembalikan kepada pihak Jakim untuk membantu memperkukuh pensijilan halal. "Logo halal yang sama akan digunakan, manakala sijil halal sedia ada (yang sudah dikeluarkan oleh HDC sebelum ini) berjalan seperti biasa kerana ia mematuhi audit kepatuhan," katanya. Selain itu untuk memperkasa industri halal negara, beliau berkata, beberapa langkah sedang diteliti, termasuk dari segi perundangan dan kaji selidik, bagi memastikan produk dikeluarkan bukan saja diperakui melalui sijil, tetapi juga lebih berdaya saing serta berkualiti. Bagi tujuan itu, katanya, kerajaan merancang untuk menyediakan sebuah institut halal di bawah pengurusan Jakim, di samping meneliti beberapa akta berkaitan yang perlu diperkukuhkan.

"Kita juga akan melihat ke arah mempercepatkan proses permohonan. Saya berharap dengan penyerahan kembali peranan mengeluarkan sijil halal ini, Jakim akan membuat pengukuhan dari segi kaedah pengeluaran, proses yang cekap dan tidak mengambil tempoh panjang. "Kita faham produk ini perlu berdaya saing tinggi dalam pasaran. Maka jika produk lambat keluar, menyebabkan mungkin persaingan itu akan menjadi lambat dan sebagainya," katanya. Selain itu, Jamil Khir berkata, kerjasama rapat akan dijalinkan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ke arah memastikan penguatkuasaan pensijilan untuk membanteras gejala sijil halal palsu.
p/s: beri pendapat anda

4 comments:

  1. Sangat bagus, sangat hepi dan sangat bersemangat.
    Diharapkan prestasi jakim seperti awal HDC dan kredibiliti dan komitmen seperti jakim sebelumnya. Tapi aku rasa, yg otai2 tu mungkin takde la kot. Yg dah pindah keluar dari Putrajaya. Beratla nak pindah balik.

    ReplyDelete
  2. salam...

    macam mana pulak dengan pekerja HDC yang bukan dari JAKIM status diorang diserap ke JAKIM ker atau.....

    ReplyDelete
  3. ader gak pekerja HDC yang ok lagi dari JAKIM punya pekerja dari segi ketelusan dan komitmen diaorang rugi jugak kalau tak diserap, moga JAKIm select mereka yang terbaik telus serta berkualiti

    ReplyDelete
  4. KEPADA SIAPA PATUT DI TANYA SOALAN KHUSUS TENTANG HALAL/HARAM SESUATU PRODUK? MINTA WEBSITE/E-MAIL PIHAK BERTANGGUNGJAWAB.
    ttans1d1n@gmail.com

    ReplyDelete